Review Wacaco Minipresso GR2: Espresso Portable Yang Memang Worth It
Suhaimi Sulong
Aku ni kalau pagi takde kopi, memang tak boleh. Rasa macam otak belum connect dengan badan. Dulu aku beli je kopi kat luar, tapi lama-lama rasa membazir. Sekali beli RM10 sampai RM15, sebulan dah berapa? Memang sakit jugak la. Jadi aku pun fikir, baik buat espresso sendiri kat rumah.
Masalahnya dapur aku kecik. Aku tak nak mesin espresso besar yang makan separuh countertop aku, lepas tu duduk macam monumen kopi tapi sebulan sekali je guna. Aku nak yang kecik, senang simpan, boleh masuk beg travel. Lepas cari-cari, jumpa la Wacaco Minipresso GR2 ni.

Reka bentuk & build quality
Mula-mula tengok, saiz dia yang buat aku tertarik. Kecil, ringan, nampak macam gadget travel yang tahan, bukan mainan murah. Aku ambil Olive Grey sebab nampak kemas dan tak nampak kotor sangat. Ada Black dan Copper Clay jugak, tapi Olive Grey ni rasa paling sesuai untuk beg travel dan meja kerja aku.
Bila pegang, dia rasa padu. Aku tak pandai nak cakap dari segi saintifik, tapi dia tak rasa macam plastik murah yang boleh retak kalau jatuh. Aku dah bawa dalam beg masa travel, setakat ni masih elok. Taklah sampai boleh jadi tukul, tapi untuk alat kopi portable, dia lagi kukuh dari yang aku expect.

Spec ringkas:
- Tekanan: 18 bar
- Basket: 8–12 g
- Kuasa: manual — takde elektrik, takde bateri
- Warna: Olive Grey (ada jugak Black dan Copper Clay)
Tak payah elektrik, tak payah bateri
Aku suka sangat sebab dia tak payah elektrik dan tak payah bateri. Ni penting kalau aku camping, hiking, atau duduk hotel yang plug pun susah nak cari. Asalkan ada air panas dan kopi, settle.
Konsep dia simple je. Takde app, takde Bluetooth, takde skrin sentuh yang entah apa fungsi. Manual. Korang pump sendiri. Sebab tu dia boleh bawak ke mana-mana tanpa risau bateri kong.
Mula-mula guna, aku blur sikit
Aku tak nak tipu la, first shot aku memang blur. Ingatkan masukkan kopi, masukkan air, pump, siap. Rupanya ada jugak teknik dia. Berapa banyak kopi, berapa halus grind, berapa air, bila nak pump, macam mana nak pump. Semua kena belajar.

Beberapa kali guna baru aku betul-betul biasa. Tapi betul la apa orang cakap, pumping tu bukan susah, cuma kena biasakan tangan. Shot kedua aku dah rasa “eh, letih jgk ni.” Tapi lepas beberapa kali, dah ok. Kalau semua dah siap depan mata, double espresso dalam lebih kurang lima minit je.
Amaran sikit: kalau tangan korang lemah atau cepat penat, alat ni memang letih sikit. Bukan susah, tapi kena pump manual. Aku ok sebab dah biasa, tapi kalau korang jenis nak tekan butang je, baik pikir dulu.
Satu lagi, air kena betul-betul panas. Mula-mula aku isi air panas biasa, lepak sekejap, bila pump keluar espresso tak berapa panas. Lepas tu baru aku tahu, kena isi air boiling sebab dia hilang haba masa kita pump tu. Sekarang aku didihkan air, isi, terus pump. Jangan isi air panas pastu pergi scroll phone lima minit. Memang sejuk, kopi pun jadi tak sedap. Bila aku disiplin sikit, hasil dia jauh beza.

Grind size pun penting. Aku mula dengan grind kasar, shot keluar laju je. Bila aku haluskan sikit, rasa lebih seimbang dan crema pun nampak lebih cantik. Ni part yang aku paling suka sebab aku boleh main-main dengan setting, lepas tu dapat hasil yang ikut citarasa aku.
Rasa espresso macam mana?
Aku test dengan Illy Dark Roast. Buat double shot, tambah sikit gula dan oat milk yang aku steam sampai tebal. Bagi aku, sedap. Memang kena dengan selera.
Aku bukan nak cakap dia boleh lawan mesin kafe RM5,000. Tapi untuk alat kecil manual yang aku bawak travel, dia jauh lebih baik dari apa yang aku jangka. Aku pernah guna mesin elektrik murah, dan jujur cakap, Minipresso ni lagi memuaskan. Mungkin sebab aku boleh kawal grind dan dose, mungkin sebab aku buat dengan lebih teliti. Tapi yang pasti, kopi dia aku sanggup minum setiap pagi tanpa rasa macam aku tengah seksa diri sendiri.

Crema ada, cuma agak nipis sikit. Takde la setebal yang selalu nampak dalam video kafe. Tapi aku tak kisah sangat. Mungkin kopi aku, mungkin air, mungkin teknik aku belum betul. Kalau aku main lagi dengan grind dan dose, rasa aku boleh jadi lebih baik lagi.

Untuk guna harian dan travel, dah cukup bagus. Aku bukan barista, dan aku tak expect alat portable ni buat kopi macam mesin RM5,000. Janji kopi tu sedap dan aku nak minum, dah cukup.
Yang paling best: senang bawak
Aku selalu travel untuk kerja, kadang-kadang stay hotel extended stay. Kopi hotel? Entah apa-apa rasa. Ada yang macam air panas campur sikit warna coklat je. Dengan Minipresso ni, aku boleh buat espresso dalam bilik hotel.
Bangun pagi, didihkan air, sediakan kopi, pump, beberapa minit kemudian dah ada kopi yang aku kenal rasa dia. Rasa macam kemewahan kecil yang selamatkan mood pagi aku. Tak payah keluar cari kafe, tak payah beratur, tak payah bayar harga mahal-mahal. Duduk dalam bilik, buat kopi sendiri, start hari macam biasa.
Camping dan glamping pun ngam. Aku pernah bawak dia masa glamping, memang seronok. Ada sikit kerja nak buat espresso, tapi tu lah tarikan dia. Kalau semua tekan butang, takde adventure. Dengan Minipresso ni, rasa macam aku betul-betul buat kopi, bukan tunggu mesin buat.
Cuci pun senang. Bilas bahagian yang perlu, lap, simpan balik. Takde proses cuci yang leceh. Sebab senang cuci, aku tak malas nak guna setiap kali travel. Kalau susah cuci, memang dia akan duduk dalam beg sampai sudah.
Apa yang aku suka
- Kecil, ringan, senang bawak travel, camping, hiking dan stay hotel.
- Tak payah elektrik atau bateri. Air panas + kopi, settle.
- Build quality rasa padu, tak nampak murah.
- Espresso sedap kalau kopi dan grind kena.
- Lepas beberapa kali cuba, dah senang guna.
- Senang cuci lepas guna.
- Tak makan ruang dapur. Simpan dalam kabinet atau beg pun boleh.
- Ngam untuk orang yang selalu travel dan tak tahan kopi hotel.
- Double espresso dalam lebih kurang lima minit kalau dah biasa.
- Rasa macam gadget travel yang berguna, bukan beli sebab trend.
Apa yang aku tak berapa suka
- Manual. Kena pump sendiri, bukan tekan butang.
- Pumping ambil masa nak biasakan. Tangan lemah memang boleh penat.
- Air kena betul-betul panas. Kalau tak, espresso kurang panas.
- Crema boleh jadi nipis sikit berbanding mesin mahal.
- Rasa bergantung pada kopi, grind, dose dan technique. Kopi tak fresh, hasil pun tak best.
- Bukan setanding mesin elektrik mahal. Tapi bagi aku, lagi baik dari mesin murah yang aku pernah guna.
- Kena eksperimen sikit. First shot mungkin tak perfect, tapi lepas tu ok.
- Kalau nak kopi auto sepenuhnya, lupakan je alat ni.
Patut beli ke tak?
Pada aku, Minipresso GR2 ni ngam untuk orang yang nak espresso sedap tanpa nak mesin besar dan elektrik. Sesuai untuk traveller, orang yang selalu stay hotel, camper, hiker, glamping, atau sesiapa yang nak kopi sedap bila jauh dari rumah.
Untuk orang duduk rumah pun sesuai, lagi-lagi kalau dapur kecil dan tak nak mesin besar atas countertop. Kalau korang minum kopi rumah hujung minggu je, boleh simpan dalam kabinet, keluarkan bila nak. Kalau selalu travel dan benci kopi hotel yang rasa macam air kopi 3 in 1, alat ni memang penyelamat.
Tapi kalau korang jenis nak tekan satu butang, terus dapat latte panas dengan crema tebal, tak payah cuci portafilter... alat ni mungkin buat korang naik angin. Dia manual. Kena pump. Kena air panas. Kena ada skill sikit.
Tapi kalau korang okay dengan proses tu, puas hati dia lain macam. Aku sendiri seronok buat espresso dengan alat ni. Rasa macam ada ritual pagi yang kecil tapi syok. Bila travel, rasa best sebab tahu masih boleh dapat kopi yang aku suka.
Verdict
Aku puas hati. Tak menyesal beli. Faham la kenapa ramai bagi 5 bintang. Ada yang guna bertahun-tahun, ada yang bagi sebagai hadiah, ada yang bawak travel kerja, ada yang bawak camping.
Bagi aku, Wacaco Minipresso GR2 ni alat kecil yang pandai buat kerja. Bukan perfect, tapi dia buat apa yang dia janjikan: espresso portable tanpa elektrik, tanpa bateri, dan tanpa perlu korbankan banyak benda.
Rating PilihanBijak
Sangat disyorkan
Berdasarkan penggunaan harian aku.